| 09 February 2010
Pelancaran Program Kits 2010
Pada hari Isnin bersamaan 08.02.2010, SMK Subang Jaya telah melancarkan Program Kitar Semula Dan Sifar Sampah 2010 (KITS) yang dirasmikan oleh Puan Kasma Murni bt Che Hassan dan diacarakan oleh Puan Sasniwati bt Rahimin. Projek ini adalah hasil usaha pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) serta Alam Flora. Program ini yang lebih dikenali sebagai Program KITS merupakan salah satu projek khas di bawah program 5K yang dilancarkan pada awal tahun 2005. Antara objektif Program KITS ialah memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan warga SMK Subang Jaya. Selain itu, program ini diwujudkan bagi memupuk semangat kerjasama semua warga SMK Subang Jaya dengan pihak NGO dan komuniti setempat. Program KITS juga diadakan bagi meningkatkan tahap kebersihan kawasan sekolah dan mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas dan surat khabar dan menuju matlamat sifar sampah.
Acara ini dimulakan dengan ucapan Puan Sasniwati mengenai Program Kitar Semula Dan Sifar Sampah (KITS). Kemudian, Puan Kasma Murni telah dijemput untuk mengucap sepatah dua kata mengenai kepentingan Program Kits dan merasmikan Program Kits dengan menarik tali kepada kain rentang Pelancaran Program Kits 2010 yang disaksikan oleh semua warga SMK Subang Jaya. Program ini diteruskan dengan persembahan sketsa oleh pelajar Tingkatan 5 yang dipimpin oleh Puan Sasniwati. Seterusnya pengumuman telah dibuat mengenai pemenang kelas bagi kutipan surat khabar yang paling banyak dan individu yang paling banyak membawa surat khabar. Pemenang telah diberi hadiah hasil sumbangan INTI College kepada SMK Subang Jaya. Setelah pelancaran ini tamat, pelajar telah diingati untuk membawa surat khabar atau bahan terbuang bagi membantu sekolah mencapai objektif Program KITS.
Senarai Pemenang Kutipan Surat Khabar Pada Pelancaran Program KITS 2010.
|
Pemenang Bagi Kutipan Tertinggi Surat Khabar Individual 2010 |
|||
|
Bil. |
Nama Pemenang |
Kelas |
Ketinggian |
|
1. |
Wan Iliaida Bt Wan Ahmad Murtadza |
5 Bakti |
93cm |
|
2. |
Mohd Aizat Bin Zainal Abidin |
4 Usaha |
64cm |
|
3. |
Mohd Isa Affendy Bin Baharudin |
3 Bakti |
48cm |
|
4. |
Keith Siah Kien Yoong |
4 Usaha |
41cm |
|
Pemenang Bagi Kutipan Tertinggi Surat Khabar Kelas 2010 |
||
|
Bil. |
Kelas |
Ketinggian |
|
1. |
3 Bakti |
393cm |
|
2. |
5 Usaha |
177cm |
|
3. |
4 Usaha |
105cm |
|
4. |
5 Bakti |
93cm |




