| 28 July 2008
PENGETUA CEMERLANG SMK SUBANG JAYA, PUAN KASMA MUNI BINTI CHE HASSAN

Kasma Muni binti Che Hassan nama diberi. Beliau dilahirkan di negeri Che Siti Wan Kembang pada tahun 1953. Puan Kasma Muni memulakan alam persekolahannya di SK Merbau Kota Bharu. Beliau kemudian menyambungkan pelajaran beliau di SM Puteri selama 3 tahun. Seterusnya di SM (P) Zainab selama setahun dan akhirnya di SM Ismail Putra. Beliau pernah mendapat jawatan Pengerusi PKPSM (Persidangan Kebangsaan Pegetua Sekolah Menengah Daerah Petaling. Pada tahun 1998 pula, beliau memegang jawatan Pengerusi PKG (Pusat Kegiatan Guru) sehinggalah sekarang.
Penglibatan Puan Kasma di dalam arena pendidikan telah banyak yang disumbangkan oleh beliau terutamanya apabila beliau berkhidmat di SMK Subang Jaya pada tahun 1998. Antaranya merupakan dalam menaik tarafkan kemudahan-kemudahan di sekolah seperti menjubinkan lantai bilik darjah sebanyak 26 buah kelas dan menukarkan penggunaan papan hitam kepada papan putih. Selain itu juga merupakan membuat pagar batu di sekeliling sekolah, membina balai KITS, Kamar Sri Flora, menaik taraf Kantin dan taman-taman, dan juga pinti gerbang.Kerjasama dengan PIBG sekolah dan kolej-kolej swasta turut membantu mencantikkan dan menceriakan sekolah.
Sepanjang tempoh Puan Kasma Muni telah berkhimat di SMK Subang Jaya ini, telah banyak perubahan yang dapat dilihat. Puan Kasma Muni telah membawa SMK Subang Jaya ke persada kecemerlangan dan sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam kalangan sekolah-sekolah lain yang maju. Kata-kata hikmat daripada Puan Kasma Muni binti Che Hassan :
"Tanpa sokongan anda, siapalah saya"...




