| 28 July 2008

Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya telah beroperasi pada 1 Januari 1981.
Pada mulanya, ada 4 buah bangunan sahaja iaitu 2 buah bangunan untuk bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah bangunan untuk Bengkel Seni Perusahaan.
16 buah bilik darjah dan 3 makmal Sains Blok C yang mempunyai 2 makmal dan 6 buah bilik darjah ditambah pada tahun 1985.
Sebuah surau telah dibina pada tahun 1986 dan pada tahun 1990, sebuah bangunan tambahan dibina di hujung Blok A dan Blok B. Setiap bangunan tambahan mempunyai 6 buah bilik darjah, manakala sebuah “TASKA” disediakan pada tahun 1992.
Pada tahun 1994, “TASKA” ini terpaksa ditutup kerana kekurangan bilik darjah.
SMKSJ telah dipilih sebagai “Sekolah Harapan” di peringkat Negeri Selangor pada tahun 1993, manakala di Peringkat Kebangsaan, SMKSJ telah mendapat tempat kedua.
Majlis Penyampaian Anugerah Saguhati telah diadakan di Kucing, Sarawak.
Majlis Mengejar Emas
Tarikh : 16 Jun 1993
Penaung: YAB Tan Sri Muhammad b.
Haji Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor pada masa itu.
Objektif : melahirkan 2 orang atilit (lelaki dan perempuan) di kalangan pelajar SMKSJ untuk memenangi Emas di SUKOM 1998
Atas usaha dan inisiatif pengetua yang ke 9 iaitu Pn. Sri To’ Pn. Hjh. Rohani bt. Awang Chik, sebuah dewan telah siap dibina pada tahun 1994.
Dewan ini dikenali Dewan Sri, sempena nama pengetua pada masa itu.
SMKSJ dan Dewan Sri telah dirasmikan oleh Yang Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Wan Zahid b. Mohd. Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan pada masa itu pada 29 Jun 1995.
Dalam ucapan perasmian beliau, beliau menyifatkan SMKSJ sebagai:
“An Ordinary School with Extraordinary
headmistress, teachers and pupils."




