| 27 July 2010
Pada 26 hingga 30 Julai 2010, SMK Subang Jaya telah merasmikan Minggu Pusat Sumber. Program ini akan diadakan selama seminggu. Perasmian telah diadakan pada 26 Julai 2010 dan bertempat di Dataran Setia. Acara dimulakan dengan ucapan dari Pn. Tengku Norihan selaku Penyelaras Pusat Sumber SMKSJ dan diikuti dengan ucapan dari Pn. Azizah yang telah menerangkan tentang kepentingan Nilam kepada para pelajar.
Acara diteruskan dengan menjemput Pn. Azizah untuk menarik kain rentang bagi merasmikan Minggu Pusat Sumber. Selepas itu, Pn. Azizah dijemput semula untuk menyampaikan lencana anugerah Nilam kepada pelajar-pelajar yang dapat mengumpul Nilam terbanyak.
Pada minggu ini, pelbagai aktiviti dijalankan seperti Kuiz Pengetahuan Am yang dijalankan pada 26 Julai 2010. Aktiviti ini adalah untuk menguji pengetahuan para pelajar. Aktiviti ‘Hunt The Timble’ pula berlangsung pada 27 Julai 2010. aktiviti ini akan memupuk semangat kerjasama sesama pelajar dan juga dapat menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pelajar.
Selain itu, Pesta Buku juga akan diadakan pada 28 Julai 2010 di Pusat Sumber. Terdapat pelbagai buku yang dijual pada hari tersebut. Pertandingan melukis dan teka video muzik pula berlangsung pada 29 Julai 2010. aktiviti ini dapat mengasah kemahiran dan bakat yang ada pada para pelajar.
Majlis penutupan Minggu Pusat Sumber akan dimulakan dengan ucapan dari guru penyelaras Pusat Sumber, Pn. Tengku Norihan. Selepas itu, hadiah–hadiah akan disampaikan pada pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada minggu ini.
Berikut adalah pencapaian NILAM (Data sehingga 26 April 2010).
Pingat Nilam.
|
Nama pelajar |
Ting. |
Bil. buku |
|
Thenmolli a/p Malarsilvan |
5 Jaya |
302 buah |
Pingat Emas.(216-227 buah)
|
Nama pelajar |
Ting. |
Bil. buku |
|
Chiew Kel-ly |
4 Jaya |
238 buah |
Pingat Perak.(144-215 buah)
|
Nama pelajar |
Ting. |
Bil. buku |
|
Shanmugapriya a/p Ponnasamy |
4 Gigih |
196 buah |
Pingat Gangsa.(72-143 buah)
|
Nama pelajar |
Ting. |
Bil. buku |
|
Chuah Seong Han |
4 Usaha |
124 buah |
|
Nurul Hasanah Bt. Nor Ikhsan |
5 Setia |
122 buah |
|
Ng Jia Ping |
3 Usaha |
121 buah |
|
Nurfariza Amira Bt. Dzulkifli |
3 Bakti |
108 buah |
|
Koo Chee Ting |
4 Setia |
97 buah |
|
Emily Wong Zhe Xian |
4 Setia |
95 buah |
|
Nicholas Anthony Das a/l Mariadas |
4 Bakti |
95 buah |
|
Vincent Ross Martinus |
3 Setia |
95 buah |
|
Ng Jia Wen |
5 Setia |
93 buah |
|
Nurliyana Ismail |
4 Gigih |
85 buah |




