| 01 June 2010
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010
Pada 17 Mei 2010, Sekolah Menengah Subang Jaya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan ini diadakan untuk memperingati jasa guru-guru yang telah mengajar dan mendidik pelajar. Sambutan diadakan di dewan sekolah. Sambutan ini dimulakan dengan paluan kompang yang mengiringi guru-guru masuk ke dalam dewan.
Selepas itu, guru-guru membaca surat utusan dari menteri pelajaran. Ketua PIBG telah merasmikan sambutan Hari Guru diiringi oleh pengetua iaitu, Pn. Kasma dengan menarik banner sambutan Hari Guru. Ikrar guru telah dilafazkan oleh guru-guru yang diketuai oleh Encik Sim Sang Lay dan guru-guru menyanyikan sebuah lagu bersama-sama.
Selepas itu, acara menyampaikan hadiah dari pengawas, pengawas pusat sumber, persatuan-persatuan dan pelajar-pelajar dan juga sumbangan dari Inti College telah memberi hadiah untuk mengenang jasa guru-guru. Persembahan telah berlangsung seperti tarian, nyanyian, lakonan sketsa oleh kumpulan pengawas dan tidak lupa juga persembahan ‘band’ secara langsung.




