Print PDF

Pada 24 April 2010,Sekolah SMK Subang Jaya telah mengadakan hari kantin untuk menambah dana sekolah bagi memperbahurui infrastruktur-infrastruktur sekolah.Hari Kantin telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa kerana sudi memberi pelbagai sumbangan dari segi tenaga mahupun dari bentuk wang kepada pihak sekolah.
              Selain itu,pihak sekolah amat berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak ibu bapa,murid-murid & guru kerana bergotong-royong berusaha untuk menjayakan Hari Kantin tersebut.Beberapa hari sebelum acara itu diadakan,pihak sekolah iaitu para guru serta murid-murid sekolah berganding bahu menyiapkan peralatan serta bahan-bahan yang akan digunakan pada hari kantin tersebut.Tambahan pula,terdapat sesetengah murid yang sanggup menyumbang tenaga dengan membantu para guru menyusun tempat meja serta khemah.Terdapat sesetengah ibu bapa yang bersemangat menyumbangkan tenaga,wang serta bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak pada hari kantin.
             Pada pagi Hari Kantin tersebut,para guru serta murid yang bertugas untuk menjual makanan serta menyiapkan keperluan yang akan digunakan untuk permainan,telah hadir pada awal pagi untuk mengelakkan daripada terlewat.Ramai pelawat yang hadir pada hari tersebut terdiri daripada murid sekolah lain serta saudara-mara murid sekolah ini.Terdapat ramai pelawat yang hadir untuk menjayakan Hari Kantin pada tahun ini.
              Tambahan pula,pada tahun ini terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan serta permainan.Antara makanan yang dijual pada hari kantin tahun ini adalah spagetti,nasi ayam,bubur,laksa,kek,cupcake dan pelbagai lagi jenis makanan yang dijual pada hari tersebut.Selain itu,terdapat pelbagai jenis minuman yang dapat dibeli oleh para pengunjung.Antara minuman yang dapat dinikmatii oleh para pengunjung adalah seperti bubble tea yang mendapat banyak sambutan oleh pengunjung,selain itu terdapat ice blended,sirap limau,sarsi dan pelbagai jenis minuman yang terhidang di Hari Kantin pada tahun ini.

generic viagra | viagra uk | cialis online no prescription | viagra price canada | real viagra no prescription | buy cialis online | discount viagra canada | order viagra | cheap viagra online | viagra no prescription